Di Malaysia perniagaan internet telah berkembang dengan begitu pesat tetapi anda harus bijak memilih jenis perniagaan yang benar-benar berdaftar. Ini kerana, banyak pihak yang cuba menggunakan peluang tersebut untuk menipu.
Pengenalan
Internet Sebagai Medium Perniagaan
Sebelum kita memulakan perniagaan internet kita seharusnya faham bahawa internet ini adalah satu medium sahaja, dan beroperasi sama sahaja seperti perniagaan di dunia sebenar.
Ramai orang ingin memulakan perniagaan internet kerana kos permulaan yang rendah tetapi ramai yang gagal. Faktor utama kegagalan bukanlah kerana tidak berusaha tetapi kerana kurang memahami konsep perniagaan internet sebenar. Ramai yang mudah percaya dan tertipu dengan teknik-teknik perniagaan internet yang bertujuan hanya untuk menipu para pengguna. (SCAM)
Antara jenis-jenis perniagaan yang boleh dilakukan secara online adalah seperti:
1. Menjual produk sendiri.
2. Menjual servis.
3. Membeli dan menjual semula produk orang lain atau middleman.
4. Menyediakan bahan maklumat dan mendapatkan pendapatan dari pengiklanan.
Bagaimana Orang Membuat Duit Di Internet?
Memahami konsep pengaliran wang di dalam internet adalah sangat penting. Jika anda ingin menjadi usahawan internet, anda perlu tahu bagaimana wang bergerak di dunia internet. Secara umumnya wang akan bergerak apabila pembeli mengeluarkan duit untuk membeli barang dari penjual. Penjual pula akan menggunakan duit tersebut untuk perbelanjaan sendiri (memberi wang kepada penjual lain) dan melabur semula kepada perniagaan seperti melakukan pengiklanan (membeli iklan). Agensi pengiklanan pula memerlukan ruang untuk meletakkan iklan dan akan membayar wang kepada kedai yang memberi ruang iklan.
Permulaan
Perkakas Yang Diperlukan Untuk Ke Alam Internet
Secara asasnya anda memerlukan komputer yang bersambung kepada modem dan melanggan kepada perkhidmatan broadband untuk memasuki internet.
Langkah-Langkah Untuk Memulakan Perniagaan Internet Anda
Langkah 1 - Kajian Pasaran
Ada beberapa perkara yang perlu dikenalpasti sebelum memulakan perniagaan anda
i. Kenalpasti jenis dan keperluan pasaran yang sesuai dengan diri anda
ii. Kenalpasti barangan universal seperti kecantikan, sukan, makanan dsbnya.
iii. Mengkaji apa yang tersedia dipasaran dan apa yang dibeli orang melalui laman web seperti www.ebay.com, www.Amazon.com atau di Malaysia kita ada Mudah.com
iv. Kenalpasti perkataan @ keyword carian yang popular di kalangan pengguna online - Anda boleh gunakan khidmat Google Adword
Langkah 2 – Kenalpasti Produk/Servis Anda
Untuk mendapatkan wang, anda perlu menjual sesuatu seperti:-
i. Bina produk ciptaan sendiri
ii. Promosi produk orang lain
iii. Mendapat hak jualan barang orang lain
iv. Memberikan maklumat & Memberi ruang iklan
Langkah 3 – Bina Kedai Internet Anda
Membina laman web mengikut kesesuaian produk dan pasaran adalah sangat penting. Berikut antara bentuk laman web yang bersesuaian dengan kehendak perniagaan anda:-
i. Pasaraya – membuat wang dari jualan pelbagai produk – contoh:www.Amazon.com
ii. Blog – memberi informasi, membuat wang melalui iklan dan jualan produk - contoh: Google Adsense
iii. Landing Page – membuat promosi produk di muka hadapan, kebiasaanya
menjual satu produk sahaja.
Dan macam-macam lagi seperti direktori, keahlian dan sebagainya. Oleh itu pastikan anda kenal bentuk laman web yang ada dan pilih konsep yang bersesuaian dengan anda.
Langkah 4 – Promosi Untuk Dapatkan Pelanggan
Kini anda memerlukan pelanggan untuk mengeluarkan wang mereka untuk
membeli jualan anda. Teknik yang mudah untuk diaplikasikan ialah:
i. Email kepada senarai kenalan anda
ii. Pemberitahuan di laman sosial seperti Facebook.com
iii. Pemberitahuan di forum-forum
iv. Pemberitahuan di blog-blog
Terdapat pelbagai lagi kaedah pemasaran di internet tetapi memerlukan kemahiran teknikal seperti “Search Engine Optimization”, pengiklanan di enjin pencari, liputan akhbar online dan sebagainya. Perlu diingatkan promosi di internet juga memakan masa yang lama dan memerlukan konsistensi untuk menarik pelanggan.
Langkah 5 – Menjaga Pelanggan Anda
Adalah lebih mudah menjual semula kepada pelanggan anda dari mencari pelanggan baru. Pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan anda akan terus membeli dengan anda dan menyebarkan berita baik kepada orang-orang disekililingnya. Oleh itu kedai internet anda juga memerlukan khidmat pelanggan seperti juga kedai di dunia sebenar. Diantara perkara yang anda perlu sediakan ialah:
i. Jawapan kepada soalan-soalan lazim
ii. Ruang untuk memberi maklum balas
iii. Maklumat untuk menghubungi anda seperti no.telefon, faks dan email.
iv. Bersedia untuk menerima aduan
Dunia Tanpa Sempadan
Teknologi internet sentiasa berubah-ubah dan ini bermakna teknik-teknik perniagaan di internet turut berubah. Oleh itu untuk berjaya kita hendaklah banyak mencuba kaedah-kaedah baru supaya dapat terus bersaing.
Klik disini untuk contoh perniagaan berasaskan internet.
Perniagaan ini telah berdaftar dengan sah di Malaysia dan
mempunyai latarbelakang syarikat yang kukuh.
Thursday, April 16, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)